Rabu, Jun 30, 2010

SYURGA DAN NERAKA HAK ALLAH

Menikmati hak memilih parti politik

Sejumlah sarjana Islam menyertai UMNO. Penyertaan mereka sekurang-kurangnya membawa makna bahawa pilihan seseorang atau sekumpulan orang benar-benar tertakluk pada kecenderungan dalaman, bukan pada propaganda luaran. Ertinya kata-kata propagandik berlebih-lebihan, bahawa UMNO parti yang menyeleweng dari jalan ke syurga telah tersangkal.

Saya secara peribadi tidak terlalu merasakan penyertaan sarjana agama dalam UMN0 sebagai satu kelebihan. Mereka tidak lebih daripada sarjana dalam bidang-bidang lain, misalnya sarjana sastera, sains, sains politik dan banyak lagi. Sarjana adalah sarjana, ketakwaan lain pula. Pada masa lalu, Ketua Abim pun tidak memerlukan kesarjanaan agama, sebaliknya kesarjanaan sastera. Jika kita perpanjangkan hal ini, akan kita simpulkan bahawa ahli-ahli politik memilih parti laksana pembaca memilih akhbar. Pilihlah Sinar Harian jika pembaca mahu menatap aneka corak pandangan politik.

Dalam tiga bicara yang lepas saya menyebut; dalam fikiran setiap ahli politik ada plot dan cerita, ditambahi perwatakan. Songkok dan ketayap adalah luaran, manakala selok-belok fikiran adalah rumit, tidak dapat diwakilkan oleh songkok dan ketayap. Namun, pakaian juga berperanan, kerana seperti yang disebut Rendra: Pakaian kita diperhitungkan orang. Dalam hal ini, Rendra mahu menekankan yang luaran sering diambil kira masyarakat.

Orang yang berfikiran terbuka akan berasa senang apabila mengetahui masih ada golongan yang mengkhusus ilmu agama bersedia memilih UMNO. Kekacauan dan haru-biru dalam UMNO, sama juga dalam beberapa parti lain, sebelah kerajaan atau pembangkang, antara lain disebabkan ketiadaan jaminan, bahawa ahli menekankan segi agama. Sekurang-kurangnya pada masa ini, kita dapati orang Pas berpendirian kukuh mempertahankan prinsip berparti. Mereka tidak menukar parti seperti menukar baju. Mereka menghayati prinsip dan perjuangan Pas, dalam hal mempertahankan pemimpin dan agenda parti. Sekurang-kurangnya begitu.

Orang UMNO perlu belajar untuk setia kerana prinsip. Memanglah tidak besar jumlah orang UMNO yang menyeberang ke pihak pembangkang, namun itu tidak terlalu dikaitkan dengan kesetiaan kepada prinsip. Ahli-ahli UMNO sejumlahnya berasa tenteram berada dalam UMNO kerana wujudnya peluang-peluang. Dalam hal ini, pernah Dinsman menasihati pihak PKR agar jangan jadi macam UMNO.

Lanjutan sedikit daripada Dinsman, saya ingin menyarankan agar orang UMNO juga jangan jadi macam orang PKR. Orang PKR, dalam perhatian saya, amat mudah melompat keluar, baik melompat menjadi ahli UMNO, juga bebas. Saya tidak mempersalahkan mereka, kerana mempersalahkan orang bukanlah kerja saya. Kerja saya, melalui hukum anjakan makna, mahu menyatakan, semua pihak baik-baik belaka. Buruk atau jahat ialah celahan-celahan kebaikan itu, iaitu sesuatu yang turut wujud beriringan dengan kebaikan. Neraka ialah untuk sesiapa yang memilih celahan-celahan itu, bukan yang memilih Pas, UMNO atau PKR.

Tidaklah wajar dikatakan UMNO atau BN bernilai negatif, setelah negara mencapai kemajuan ke tahap kini. Sarjana-sarjana Islam yang baru menyertai UMNO sedang membawa mesej ini. Di samping itu, tidak pula wajar Pas dicemuh kerana menjauhi UMNO, kerana mereka ada plot dalam fikiran, seperti adanya plot PKR yang ingin melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Seperti disebutkan Subky Latiff dalam tulisannya baru-baru ini, impian Anwar tidak salah.

Apa yang silap dalam politik kita akhir-akhir ini ialah kewujudan pertentangan mengharu-birukan rakyat. Nilai negatif dikenakan kepada pihak lawan, semata-mata bagi menaikkan seseorang tokoh. Sebenarnya, usaha mencari nilai negatif manusia akan menjadi-jadi, jika tabiat itu tidak disekat. Segala hal yang berlaku dalam bilik tidur, bahkan dalam selimut musuh politik dibongkar. Hal pintu depan dan pintu belakang dijadikan sumber utama dalam penghujahan, padahal yang sedang kita perjuangankan ialah kehidupan rakyat agar lebih berbahagia. Sekarang, gambar bogel mudah diambil orang, jadi janganlah keterlaluan memikirkannya, kerana nanti gambar bogel sendiri pun terpapar di mana-mana. Malah siap dengan aksi.

Masuknya sarjana agama dalam UMNO, saya kira bagus, bukan hanya untuk UMNO, malah untuk semua. Mereka secara langsung dan simbolik menyatakan perihal kebebasan memilih parti politik. Walaupun parti politik mungkin memperjuangkan agama, namun hakikatnya parti politik bukanlah agama, dan tidak sinonim dengan agama. Parti politik ialah pertubuhan moden, dan rangka perjuangan parti politik ialah rangka yang dipelopori barat. Kita hendaklah menerima parti politik sama seperti kita menerima novel dan puisi moden, iaitu dua cabang seni bahasa dari barat, yang meninggalkan hikayat dan pantun, dua cabang seni bahasa tradisi kita.

Saya melihat UMNO sebagai parti yang telah berusia dan berjasa. Dari segi usia, Pas ialah adiknya. Dari segi usia juga, PKR laksana anaknya. Masing-masing wujud di tengah-tengah masyarakat kita, maka kita pilihlah dengan penuh hemat. Jika kita penyokong UMNO, dan anak kita memilih Pas, biarkan. Itu haknya. Jika kita UMNO, isteri kita memilih PKR, tidak mengapa juga, cuma jangan terlalu berhujah ketika di bilik tidur, kerana itu boleh mengurangkan mood untuk berjuang.

Selasa, Jun 29, 2010

PEMIMPIN DUNIA ISLAM PERLU MENCONTOHI TURKI

Turki larang pesawat Israel guna ruang udara

ANKARA: Turki semalam melarang tentera Israel menggunakan ruang udara negaranya selepas kejadian kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang komando negara itu yang mengorbankan sembilan orang, bulan lalu.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan selepas wujud tekanan supaya kedua-dua negara melihat semula hubungan yang pernah terjalin sebelum ini. Dalam serangan komando Israel ke atas kapal misi Gaza itu, lapan yang maut adalah warga Turki dan seorang lagi memiliki dua kerakyatan iaitu Turki dan Amerika Syarikat. “Mereka (Israel) memohon keizinan Poland untuk menggunakan ruang udaranya pada hari pertama selepas kejadian serangan 31 Mei lalu.

"Bagaimanapun, mereka (Israel) tidak diberi kebenaran," kata Erdogan kepada pemberita selepas pulang daripada menghadiri Sidang Kemuncak G-20 di Kanada.

Sementara itu, agensi berita The Anatolia yang memetik Erdogan di Toronto selepas tamat sidang kemuncak itu bahawa negaranya sudah menutup ruang udaranya kepada Israel. - AFP

ZIONIS MENGGANAS LAGI, APA YANG PBB BUAT

Rejim zionis terus serang dan bunuh pejuang Palestin

GAZA CITY 29 Jun - Sekurang-kurangnya seorang rakyat Palestin terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila rejim zionis Israel melancarkan serangan udara di Genting Gaza semalam, kata pekerja perubatan.

Tentera rejim meneruskan serangan udara ke atas Gaza yang diperintah oleh Hamas semalam dengan mensasarkan pejuang Palestin yang menentang keganasan mereka.

Menurut pasukan perubatan, kem pelarian Jebalya di selatan Gaza menjadi sasaran terbaru serangan rejim zionis semalam dan mangsa yang terkorban adalah dari kumpulan pejuang sayap kanan Pembebasan Palestin.

Salah seorang mangsa yang cedera dalam keadaan serius. Dua hari lalu, dua pejuang Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim ke atas terowong di sepanjang sempadan Mesir. - REUTERS

Isnin, Jun 28, 2010

KENAPA MESTI PILIH UMNO BUKAN PAS

Penyertaan ulama muda buka mata cendekiawan Islam sertai UMNO

TUDUHAN pihak tertentu terutama pembangkang bahawa UMNO bukan parti pilihan golongan ulama atau mereka yang berpendidikan Islam jelas tidak benar dan bermotifkan politik. Bukan itu saja, malah mereka sanggup menuduh UMNO bukan parti memperjuangkan Islam dan bersifat sekular demi agenda politik mereka. UMNO sebenarnya tidak kekurangan golongan agama yang menyertai parti itu, cuma mereka bersifat sederhana dan lebih merendah diri dengan ilmu yang mereka miliki.

Ini dapat dilihat setiap kali Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, bagaimana pemimpin UMNO yang layak bergelar ulama membahaskan usul agama. Kita terpegun apabila ulama dalam UMNO ini sering menggunakan hujah berlandaskan ayat suci al-Quran serta petikan hadis bagi menyatakan kebenaran, bukan sekadar berani menegur kepemimpinan tertinggi dan dasar parti. Penyertaan ulama dan cendekiawan Islam dalam UMNO bukan perkembangan baru kerana sejarah parti itu ditubuhkan adalah untuk semua golongan dan pelbagai latar belakang.

Jumaat lalu, seramai 40 ulama muda profesional, termasuk berkelulusan sarjana dan doktor falsafah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, di Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur. Borang keahlian itu diserahkan wakil ulama diketuai Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman. Kita dapat mengagak, penyertaan mereka tentu akan mengundang pelbagai tohmahan seperti yang selalu kita dengar umpat caci yang dilemparkan kepada golongan ulama apabila menyokong UMNO.

Kita yakin ulama muda ini sudah berfikir semasak-masaknya sebelum menyertai UMNO dan peranan yang mereka boleh pikul bersama ahli dan pemimpin dalam UMNO. Mereka bukannya calang-calang individu untuk membuat pilihan salah kerana membabitkan soal akidah dan mencari keredaan Allah SWT. Tentunya, mereka yakin bahawa UMNO adalah parti yang dapat mengangkat martabat Islam ke landasan yang betul, berbanding parti lain yang mewakili orang Melayu beragama Islam di negara ini. Mereka tentunya juga melihat penyertaan mereka dapat membantu UMNO memperjuang dan mempertahankan Islam daripada terus diperlekeh.

Kenapa ulama muda ini memilih UMNO dan bukan parti lain?

Mereka tentunya tidak mahu menyertai parti yang kononnya memperjuangkan Islam, sebaliknya tidak ada hala tuju membangunkan syiar Islam, tetapi membawa kepada perpecahan. Golongan ulama muda ini, terutama yang belajar di luar negara sudah tentu melihat banyak kepincangan yang berlaku terhadap umat Islam di dunia sehingga orang Islam menjadi lemah dan menjadi golongan minoriti di negara sendiri. Keputusan mereka menyertai UMNO adalah tepat, kerana siapa lagi yang dapat membantu kerajaan yang ditunjangi pemimpin UMNO beragama Islam, jika bukan ulama.

Adalah diharap, penyertaan ulama muda ini menjadi titik tolak kepada lebih ramai lagi golongan ulama dan cendekiawan Islam menyertai UMNO serta menyokong perjuangannya. Seperti kata Najib, beliau yakin penyertaan golongan terbabit bukan saja mengukuhkan UMNO, tetapi memastikan sebarang keputusan dan tindakan parti selaras dengan kehendak dan tuntutan Islam.


MANA PERGINYA PEMIMPIN DUNIA ISLAM

Dua maut serangan Israel di Gaza

GENTING GAZA - Dua rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera Israel di Genting Gaza yang dilancarkan kurang sebulan selepas rejim ganas itu menyerang kapal bantuan ke Gaza, Khamis lalu.

Menurut pekerja perubatan Palestin, mereka menemui mayat seorang lelaki di sebuah terowong di selatan wilayah itu dan mayat seorang lagi lelaki masih terperangkap di bawah runtuhan.

Tentera Israel mendakwa serangan itu kononnya dilancarkan ke atas dua terowong yang digunakan untuk penyeludupan senjata dan satu pusat simpanan senjata.

"Tentera Israel komited untuk melindungi rakyat Israel dan akan terus menghalang tindakan keganasan," menurut kenyataan tentera.

Menurut laporan awal tentera rejim, tiada sebarang kematian yang berlaku dalam serangan udara itu.

Serangan terbaru itu merupakan yang pertama selepas tentera rejim menyerang konvoi kapal bantuan Freedom Flotilla dan menembak mati sembilan warga Turki dengan kejam, bulan lalu.


Ahad, Jun 27, 2010

ULAMA DAN POLITIK

Berkecuali, memihak atau berpolitik: Apa pilihan 'ulama'?

ISTILAH 'ulama' merujuk kepada seseorang yang beragama Islam yang akil baligh, mempunyai ilmu yang mendalam mengenai hal ehwal agama Islam serta beramal dengannya pada setiap masa. Ulama berperanan meneruskan tugas-tugas para Nabi yang terdahulu iaitu berdakwah dan mengembangkan ajaran Islam dalam segenap peringkat dan lapangan kepada seluruh umat manusia di serata pelosok ceruk dan rantau.

Allah SWT telah menjadikan para ulama sebagai pewaris perbendaharaan ilmu agama sehingga ilmu syariat terus terpelihara kemurniannya sebagaimana awalnya. Oleh kerana itu, kematian salah seorang daripada ulama boleh mengakibatkan terbukanya fitnah besar bagi kaum Muslimin.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain." (al-Bukhari).

Islam sangat memandang tinggi terhadap status dan peranan para ulama dalam masyarakat. Justeru, tugas dan peranan mereka ini sejak zaman dahulu, sekarang dan akan datang adalah sangat konsisten dan tidak pernah berubah.

Dalam sejarah politik Malaysia, terdapat ramai orang yang bergelar dan bertaraf ulama pernah dan sedang menceburi bidang politik. Ada di antara mereka ini pernah dilantik memegang beberapa jawatan penting, antaranya sebagai menteri besar dan menteri Kabinet.

Pun begitu, 'kerjaya politik' sering diberi label negatif oleh kebanyakan orang, kerana kononnya 'politik itu kotor'. Timbul satu persoalan mengenai kewajaran seseorang yang bergelar 'ulama' untuk berpolitik, atau mengambil sikap memihak kepada parti politik tertentu, atau hanya mengambil sikap berkecuali dalam hal berkaitan dengan politik dan pemerintahan negara.

Ulama sememangnya pewaris para Nabi kerana ia meneruskan tugas-tugas yang pernah dilaksanakan oleh para nabi yang terdahulu. Pun begitu, kita juga harus faham bahawa tugas-tugas para Nabi yang terdahulu termasuk Nabi Muhammad SAW bukan sahaja terhad kepada aspek yang bersifat 'akhirat' tetapi juga turut mencakupi aspek yang bersifat 'duniawi'.

Jika para ulama pada hari ini ingin menceburi bidang politik, adakah mereka ini mahir dengan selok-belok pemerintahan negara sebagaimana yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW? Atau sekurang-kurangnya memiliki ciri-ciri kepimpinan dan keberanian para sahabat baginda seperti Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Ibnu 'Affan, dan Ali bin Abi Talib? Ataupun setidak-tidaknya, seperti Khalifah Umar Abdul Aziz?
Sejarah telah membuktikan bagaimana pada zaman awal Islam, para ulama terpaksa 'menjauhkan diri' daripada terbabit dalam hal ehwal politik dan pemerintahan negara lantaran wujudnya sifat 'rakus' dan 'ganas' aktor-aktor yang pernah menguasai arena politik dan pemerintahan negara Islam pada zaman dahulu hingga wujudnya dua istilah yang agak popular pada hari ini iaitu 'ulama' (golongan ahli agama) dan 'umara' (golongan pemerintah).

Kisah-kisah sedih dan kegagalan para ulama yang pernah berkecimpung dalam dunia politik dengan niat yang tulus lagi ikhlas bertujuan untuk 'membersihkan' dunia politik yang seringkali dianggap 'kotor' sepatutnya telah mewajarkan para ulama hari ini untuk berfikir dua kali sebelum membuat sebarang keputusan untuk menyertai dunia politik sebagai ahli politik sepenuh masa.

Selain daripada itu, pilihan untuk memihak kepada sesebuah parti politik juga adalah tidak elok kerana ia boleh menjejaskan imej dan kredibiliti ulama untuk jangka masa panjang.

Ulama dalam erti kata yang sebenar ialah ulama yang bersifat neutral dan berkecuali. Sama ada dia adalah 'ulama rasmi' yang gajinya dibayar oleh kerajaan ataupun 'ulama tidak rasmi' yang bekerja sendiri, itu bukanlah satu alasan yang baik untuk tidak berperanan sebagaimana yang sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar 'ulama'.

Ulama mesti berani berkata benar walaupun pahit untuk didengar. Dalam hal ehwal politik dan pemerintahan negara misalannya, ulama mesti berani menegur, bukan sahaja kepada pemimpin parti pemerintah, tetapi juga kepada pemimpin parti pembangkang sekiranya terdapat sebarang perkara atau kelakuan berpolitik atau dasar yang difikirkan menyalahi syariat Islam yang sebenar. Ulama tidak harus takut untuk menyatakan kebenaran kepada mana-mana pihak dan pada masa yang sama pula sedia dikritik sekiranya salah.

Sekarang, terpulanglah kepada para ulama untuk mengambil salah satu daripada tiga pendekatan di atas, sama ada untuk bersikap berkecuali, memihak, ataupun menyertai dunia politik sepenuh masa.

Walau apa pun keputusan yang dibuat, perlu diingatkan bahawa hanya keputusan untuk bersikap neutral dan berkecuali sahaja akan dapat 'mengekalkan' status ulama yang sedang disandang dan dimiliki oleh seseorang.

Sesungguhnya 'dunia ulama' dan 'dunia politik' pada hari ini sebenarnya sangat berbeza walaupun pada zahirnya nampak sama. Perubahan status seseorang individu daripada 'ulama' kepada 'ahli politik' biasanya boleh menjadikannya 'sibuk' dengan pelbagai urusan dan kerenah politik harian yang kebanyakan mampu 'melalaikan' orang yang ingin menceburi bidang ini.

Ingatlah, ulama yang bersikap berkecuali, ikhlas, tegas, bijaksana serta berani menyatakan kebenaran bukan sahaja akan disanjung oleh masyarakat Islam, tetapi juga segala usahanya akan turut diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT sepanjang masa.

Penulis ialah Pensyarah Sains Politik di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia.

Sabtu, Jun 26, 2010

MENGAPA PERKARA INI HARUS BERLAKU


Felda sasaran pembangkang

SEPANJANG minggu ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda mendapat liputan meluas khususnya dalam media cetak dan elektronik milik pembangkang mengenai kedudukan tunainya yang menyusut RM2.73 bilion.

Pemimpin pembangkang menyifatkan jumlah yang besar itu menunjukkan bahawa kerajaan kurang arif tentang kebajikan warga Felda. Ada juga akhbar milik pembangkang yang melaporkan perkembangan itu di bawah tajuk berbunyi 'Felda Bankrap'.

Ekoran laporan berkenaan, seorang ahli Parlimen pembangkang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkembangan Felda yang mengalami susut tunai tetapi peningkatan aset.

Berita kedudukan tunai Felda yang menyusut menjadi pemangkin kepada pelbagai isu berhubung Felda dibangkitkan oleh pihak pembangkang seperti pembinaan ibu pejabatnya di premis termahal. Sementara pelaburan Felda pula dianggap sebagai tindakan untuk 'meleburkan' wang Felda.

Perkembangan tersebut mendorong Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas meluahkan hasrat untuk membuat laporan polis.

Begitulah hebatnya asakan dan perhatian yang diberikan media pembangkang kepada Felda beberapa hari kebelakangan ini.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pula menganggap perkembangan terbaru dalam Felda itu sebagai satu pengkhianatan kepada warga Felda.

Liputan meluas yang diberikan kepada Felda baru-baru ini hanya memberi tumpuan kepada kedudukan tunainya yang merosot.

Kedudukan aset semasa dan aset tetap Felda yang melonjak sebanyak RM6.2 bilion antara 2004 dan 2009 tidak banyak diberi perhatian.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia semalam melahirkan rasa kesal dengan laporan yang tidak menyentuh mengenai aset Felda yang meningkat tetapi hanya memainkan isu tunai Felda yang susut.

''Laporan yang menyerang Felda juga tidak menyentuh mengenai pembiayaan RM2.4 bilion untuk pelbagai program pembangunan sosio-ekonomi bagi kepentingan peneroka dan generasi baru mereka. Ini merupakan laporan yang tidak adil.

''Felda adalah usaha pembangunan tanah yang paling berjaya di dunia serta pemilik ladang yang terbesar di dunia. Felda sudah berjaya menghapuskan kemiskinan 112, 635 keluarga dan membantu 1.6 juta generasi baru," katanya.

Sebelum ini, Ahmad pernah memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa aset Felda berjumlah RM9.17 bilion pada 2004 dan pada tahun lalu ia melonjak kepada RM15.37 bilion.

Felda ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956. Fungsi Felda ialah menjalankan dan melaksana projek pembangunan tanah, memaju serta menguruskan kawasan, melaksana kegiatan memodenkan sektor pertanian dan menyelaras kegiatan sosial dalam kawasan Felda.

Sejak April 2004 Felda diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan seorang menteri yang bertanggungjawab. Ketika mula diletakkan di bawah JPM menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Felda ialah Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Penulis pernah mewawancara Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Nor sempena pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam April tahun lalu.

Bagi Mohd. Yusof, komitmen Najib kepada Felda umpama tanggungjawab dan amanah yang ditunaikan oleh seorang anak kepada ayahnya.

''Dalam kenyataan pertama Najib apabila beliau dilantik sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda pada 2004, beliau menyatakan bahawa Felda sudah menjadi darah dagingnya.

''Ini kerana beliau adalah pewaris Allahyarham Tun Razak Hussein yang merupakan pengasas Felda," katanya pada wawancara tersebut.

Bagi Mohd. Yusof, kenyataan berkenaan menggambarkan semangat Allahyarham Tun Razak untuk membangunkan tanah luar bandar mengalir dalam tubuh Najib dan Felda seolah-olah satu kementerian bagi Perdana Menteri.

''Felda macam satu tanggungjawab bagi beliau. Saya tidak tahu apa yang berlaku di antara arwah Tun Abdul Razak dan Najib tetapi cara Najib menjaga Felda umpama Felda merupakan satu amanah yang mesti diteruskan," jelasnya.

Berdasarkan pandangan Mohd. Yusof mengenai komitmen Najib kepada Felda, tidak mungkin Perdana Menteri akan membiarkan nasib para peneroka mahupun generasi muda mereka terbiar dan dikhianati tanpa sebarang pembelaan seperti didakwa oleh pembangkang.

Ada pendapat mengatakan tindakan pembangkang itu merupakan taktik terbaru untuk memburukkan imej Felda dan menanam bibit kebencian di hati warga peneroka.

Ia bertujuan meraih kepentingan politik serta merampas kawasan Felda dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Dakwaan bahawa peneroka sudah dikhianati melalui laporan berat sebelah mengenai Felda itu hanya bertujuan meracuni fikiran warga peneroka supaya mengkhianati Barisan Nasional (BN).

Jumaat, Jun 25, 2010

BANGSAT PUNYA ISRAEL


Pesawat Israel lancar tiga serangan ke atas Gaza

BANDARAYA GAZA: Jet pejuang Israel hari ini melancarkan tiga serangan ke atas Semenanjung Gaza dengan mencederakan seorang penduduk, manurut saksi serta pegawai perubatan Palestin di sini.

Penduduk Palestin itu cedera apabila pesawat pejuang Israel itu menyerang Bandar Rafah di selatan sempadan dengan Mesir. Dalam dua lagi serangan di bekas kawasan lapangan terbang di selatan dan di Bandar Beit Hanun di utara bagaimanapun tiada laporan mereka yang cedera setakat ini. Sementara itu, jurucakap tentera Israel mengesah mengenai serangan itu.

“Pesawat kami menyerang sekumpulan kenderaan bersenjata di utara Semenanjung Gaza serta dua terowong yang digunakan untuk menyeludup senjata api dari Mesir ke selatan," katanya. - AFP

POS MALAYSIA DIDESAK LEBIH PRIHATIN

Pos Malaysia digesa bantu A. Ghani yang kini lumpuh

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) digesa lebih prihatin terhadap kebajikan para pekerjanya yang ditimpa bencana dengan memberikan pampasan sewajarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, sebagai syarikat milik kerajaan (GLC), Pos Malaysia perlu lebih peka terhadap masalah atau kesusahan yang menimpa pekerjanya.

"Saya berasa kesal dengan apa yang berlaku terhadap seorang posmen, A. Ghani Paber yang mengalami patah tulang belakang dan kini lumpuh selepas terjatuh dalam bilik air semasa bertugas.

"Saya difahamkan A. Ghani, 52, pada tahun lalu, ketika sedang bertugas di Pejabat Pos Batu Pahat telah terjatuh di bilik air pejabat berkenaan yang mengakibatkan tulang belakangnya patah dan difahamkan sehingga kini tiada seorang pun petugas bahagian pentadbiran Pos Malaysia datang menjenguknya," katanya.

Abdul Halim yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat A. Ghani di Kampung Sinaran Baru, Skudai di sini kelmarin.

Lawatan itu turut disertai 12 anggota Skuad Sayang Parlimen Tebrau yang diketuai, Rapenah Ali serta beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru.

"Selaku wakil rakyat dan bagi memenuhi slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' saya bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta jabatan yang berkaitan cuba meneliti dan menyelami masalah yang dihadapi A. Ghani serta ahli keluarganya.

"Setelah penelitian dibuat, kita akan salurkan ke jabatan-jabatan berkaitan bagi membolehkan pesakit tersebut mendapat bantuan sewajarnya," katanya yang turut menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM1,000 kepada A. Ghani.

Sementara itu, A. Ghani memberitahu, dia kini terlantar di atas katil yang dipinjamkan oleh JKM hampir setahun lalu dan hanya mengharap bantuan daripada dua anaknya yang telah bekerja.

Bapa kepada empat anak itu memberitahu, isterinya, Intan Ismail, 48, yang membantu menguruskan dirinya.

"Sejak saya terlantar, tiada sebarang bentuk bantuan yang diberikan pihak pengurusan Pos Malaysia. Cuma yang ada kawan-kawan datang melawat saja.

"Semasa berkhidmat saya ada mencarum insurans berkelompok serta ada menyumbang RM2 sebulan kepada Badan Kebajikan Pos Malaysia tetapi apabila saya ditimpa kemalangan, tiada sebarang pembelaan dan bantuan dihulurkan," katanya dengan nada sedih.

Menurutnya, selepas kemalangan itu dia memperoleh enam bulan gaji penuh dan menerima separuh gaji enam bulan selepas itu.

"Selepas itu saya hanya mengharapkan wang bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)," katanya.

Khamis, Jun 24, 2010

AGENSI PENYIASAT DAN PENGUATKUASA PERLU CERGAS

Usaha sepadu kawal jenayah ekonomi

Datuk Seri Najib Razak berkata, jenayah ekonomi yang boleh menjejaskan ekonomi dan keselamatan negara, hanya dapat dikawal secara berkesan melalui usaha bersepadu di kalangan agensi penyiasat dan penguat kuasa. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, penubuhan pasukan bertindak khas yang diterajui Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Azmi Ariffin, adalah selaras dengan matlamat untuk mempergiatkan usaha membanteras jenayah ekonomi di syarikat awam dan swasta di negara ini. Sejak penubuhan pasukan berkenaan pada Mac lalu, beliau berkata, sebanyak empat kes disiasat dengan dua daripadanya sudah dibawa ke mahkamah.

“Saya yakin pasukan bertindak khas ini akan memberi sokongan signifikan kepada kerajaan untuk memerangi jenayah kolar putih dan menambah keyakinan pelabur bagi meningkatkan daya saing Malaysia.

“Ia sekali gus menaikkan reputasi dan kedudukan negara pada peringkat dunia,” katanya pada perasmian Simposium Antarabangsa Cambridge Serantau Mengenai Jenayah Ekonomi di sini, semalam.

Dalam konteks berkaitan, Najib berkata, kerajaan komited untuk terus memerangi rasuah secara agresif, termasuk memperkenalkan Whistle Blower Act 2010 yang akan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat bagi menggalakkan orang ramai mendedahkan penyelewengan tanpa risiko atau perasaan takut.

Perdana Menteri berkata, akta baru itu memberi kuasa kepada agensi penguat kuasa untuk memfailkan permohonan mahkamah bagi pihak pemberi maklumat untuk menuntut pampasan, injuksi atau relief yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, di samping peruntukan berkaitan penempatan semula pemberi maklumat atau pihak berhubung kait dengan mereka atas permintaan agensi penguat kuasa.

“Agensi penguat kuasa juga boleh membayar pampasan kepada pemberi maklumat yang menanggung kerugian akibat daripada pende-dahan dilakukan oleh mereka,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri ketika ditemui wartawan selepas majlis itu berkata, tiada negara di dunia, termasuk yang miskin, mengambil langkah mengawal harga barangan seperti yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia demi menjaga kepentingan rakyat, sebaliknya ia akan naik dan turun mengikut keadaan pasaran.

Namun, katanya, kerajaan tidak mungkin boleh mewartakan semua barangan di bawah kawalan harga walaupun pengguna mengeluh dan merungut mengenai kenaikan harga sesetengah produk, khususnya barangan keperluan harian, sehingga membebankan mereka.

Beliau berkata, orang ramai tidak boleh menyalahkan kerajaan apabila harga barangan tertentu naik akibat pelbagai faktor dalam pasaran semasa berikutan ketika ini kerajaan hanya mengawal harga empat barangan, iaitu gula, tepung gandum, minyak masak dan juga beras ST15.

- b/harian

Rabu, Jun 23, 2010

MELAYU JANGAN ' KACANG LUPAKAN KULIT '

Penentang DEB adalah rasis

Kumpulan penentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan golongan perkauman atau rasis dalam erti kata mereka hanya peduli kaum mereka sahaja, kata tokoh media, Datuk Abdul Kadir Jasin.

Beliau memberitahu, segelintir orang Melayu dan bumiputera yang menjadi kaya raya kerana DEB tetapi sudah menjadi 'kacang lupakan kulit' dan 'kaduk naik junjung' dengan menentang dasar tersebut, merupakan pengkhianat bangsa serta negara.

"Kumpulan penentang ini lupa bahawa Malaysia aman dan damai kerana sikap toleransi serta pengorbanan kaum majoriti iaitu bumiputera.

"Mereka bermain dengan api jika mereka berasa bahawa atas nama globalisasi dan persaingan mereka boleh menolak hak kaum majoriti bumiputera untuk sama-sama mendapat faedah daripada pembangunan negara," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam entri terbarunya di dalam blog beliau di http://kadirjasin.blogspot.com.

Abdul Kadir mengulas tindakan kumpulan penentang ini menghentam Pengarah Eksekutif Kumpulan CIMB Berhad, Datuk Seri Mohd. Nazir Abdul Razak yang menegaskan bahawa matlamat DEB perlu dikaji semula dan diperkuatkan.

Kenyataan Mohd. Nazir itu disiarkan dalam temu ramah eksklusif dengan Mingguan Malaysia pada 20 Jun tersebut antara lain menyatakan matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan serta perlu dikekalkan.

Mohd. Nazir juga berpendapat bahawa pada masa sama perlu ditambah satu lagi matlamat (iaitu) membina dan mewujudkan masyarakat bumiputera yang lebih kompetitif.

Abdul Kadir menjelaskan, adalah wajar orang Melayu dan kaum-kaum bumiputera melihat isu ekonomi, atau lebih tepat kemunduran mereka dalam bidang ekonomi sebagai isu yang melepasi politik kepartian kerana kelangsungan mereka sebenarnya berada dalam ancaman.

Tegas beliau, sekiranya dasar ekonomi bebas laissez faire diamalkan semula seperti sebelum 13 Mei 1969, besar kemungkinan bumiputera akan hilang tempat bergantung dan ketika itu kembalilah mereka menjadi buruh serta petani yang 'cukup-cukup makan' sahaja.

"Sekarang pun, majoriti bumiputera berada dalam kategori buruh (labour) dalam struktur pengeluaran kerana modal dan pengurusan umumnya dikuasai oleh bukan bumiputera.

"Walaupun bumiputera menguasai guna tenaga sektor awam, tetapi 80 peratus pekerjaan adalah di sektor swasta serta tanah milik bumiputera pun semakin hari semakin berkurangan kerana diambil alih untuk pembangunan atau terlepas ke tangan bukan bumiputera," kata Abdul Kadir.

Tambah beliau, majoriti daripada 40 peratus dalam kategori berpendapatan rendah yang dikenal pasti oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) itu adalah bumiputera.

"Adalah amat wajar kita memberi perhatian kepada saranan Mohd. Nazir kerana dia adalah contoh bumiputera yang berjaya, anak orang besar dan pengurus sebuah bank raksasa. Cakapnya bukan cakap kedai kopi.

"Kalau beliau berkata matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan, saya tidak segan silu menyokongnya 100 peratus," tegasnya.

Beliau menambah, saranan Mohd. Nazir agar dibina dan diwujudkan masyarakat bumiputera yang lebih kompetitif demi kelangsungan orang Melayu serta keamanan negara amat perlu sekali.

Tegasnya, tidak ada negara boleh dianggap bertamadun dan sejagat jika bangsa serta kaum majoriti tertindas dan terpinggir.

Abdul Kadir memberitahu, ini kerana keamanan dan toleransi tidak akan wujud dengan sendirinya.

-utusan.com.my

Selasa, Jun 22, 2010

KEKEJAMAN ISREAL BAGAI DILUPAKAN

Israel terus rampas tanah Arab

KANAK-KANAK Palestin bermain berdekatan runtuhan bangunan di timur Baitulmaqdis, semalam. - AP Roboh 20 lagi kediaman Palestin di timur Baitulmaqdis bina rumah Yahudi

BAITULMAQDIS: Israel berhasrat meneruskan pelaksanaan sebuah projek perumahan lengkap dengan taman dan kompleks awam di kawasan yang kini menempatkan 20 rumah rakyat Palestin di timur Baitulmaqdis.

Pemimpin Palestin terbabit mengecam projek berkenaan yang digelar Israel sebagai ‘King’s Garden’, sebagai satu usaha negara Zionis itu untuk memperluaskan kawasan didudukinya, walaupun ada bantahan pihak antarabangsa supaya ia menghentikan kegiatan berkenaan.
Jawatankuasa perancangan majlis perbandaran Baitulmaqdis mengadakan mesyuarat bagi membincang cadangan bagi mengubah wajah kawasan terbabit semalam, sehari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu akur dengan tekanan antarabangsa agar Israel meredakan sekatan di Gaza berikutan serangan maut ke atas konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza 31 Mei lalu.
Jurucakap bandar raya, Stephen Miller, berkata jawatankuasa itu dijangka meluluskan kajian semula pembahagian zon bagi membolehkan pembinaan 1,000 rumah dilaksanakan, meliputi 22 hektar di sebuah kawasan perumahan di timur Baitulmaqdis.

Dalam pelan perancangan itu, kira-kira 20 rumah rakyat Palestin yang dibina tanpa permit akan dirobohkan, manakala 60 rumah lagi yang dibina secara haram diberikan lesen.

Namun, bagi rakyat Palestin kelulusan permit bangunan adalah sesuatu yang sukar diperoleh dari Israel.

Pemimpin Palestin menyifatkan projek itu sebagai satu lagi cubaan Israel untuk memperkuatkan kawalan di seluruh Baitulmaqdis, dengan sektornya di sebelah timur ditawan dalam peperangan 1967 dan dijadikan sebahagian daripada kawasannya, langkah yang tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
“Langkah ini adalah penjajahan oleh pihak perbandaran,” tegas Gabenor Baitulmaqdis yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Palestin, Adnan al-Husseini.

“Mereka tidak boleh mendakwa yang mereka akan membina taman perumahan, tetapi pada masa sama menafikan orang lain terus menetap di situ.”

Mac lalu, Israel menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat apabila ia mengumumkan ketika lawatan Naib Presiden, Joe Biden bahawa ia akan membina 1,600 rumah bagi penduduk Yahudi di kawasan yang didudukinya di Tebing Barat yang dianggapnya sebagai sebahagian Baitulmaqdis.

Miller mendakwa, projek ‘King’s Garden’ itu bertujuan ‘mempertingkatkan mutu kehidupan’ di Silwan dan sebuah taman dan kompleks awam akan dibina di kawasan berkenaan, yang boleh digunakan secara bersama oleh Arab dan Yahudi. – Reuters

Isnin, Jun 21, 2010

BETUL KE TIADA KEBEBASAN MEDIA DI MALAYSIA

Dua juta pengendali blog bukti kebebasan media


Kewujudan dua juta pengendali blog di Malaysia yang bebas mengkritik dasar-dasar negara membuktikan kerajaan sentiasa komited dalam memperkasakan amalan kebebasan media di negara ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perkembangan itu memperlihatkan semua pihak di negara ini bebas melontarkan pandangan dan perasaan masing-masing.

''Perkembangan dan kewujudan media-media alternatif ini terhasil melalui kewujudan perkhidmatan jalur lebar dalam negara," katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam soalannya, Boon Soon membangkitkan mengenai laporan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Amerika Syarikat, Freedom House yang bertajuk Malaysia Press Still Not Free.

Rais menjelaskan, laporan sebegitu bersifat subjektif dan ia umpama 'laporan kerusi selesa' (armchair reporting) yang tidak menggambarkan keadaan sebenar dalam negara.

Buktinya, kata beliau, terdapat 76 akhbar harian terbitan pelbagai pihak termasuk parti pembangkang seperti Harakah, Rocket dan Suara Keadilan; 151 saluran televisyen satelit; sembilan televisyen siaran percuma dan 53 stesen radio.

Selain itu, menurutnya, kewujudan dan perkembangan perkhidmatan jalur lebar negara pula bakal menyaksikan penyiaran lebih banyak televisyen berlandaskan protokol Internet pada masa hadapan.

Bagaimanapun tegasnya, kesemua pengamal media, di negara ini tetap tertakluk kepada undang-undang, etika dan profesionalisme kewartawanan dan sensitiviti budaya setempat.

''Kesemua media sama ada milik kerajaan mahupun para pemegang lesen (swasta) perlu memastikan kandungan laporan masing-masing mematuhi undang-undang dalam mewujudkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab," katanya.
Ulasan.
Ini adalah bukti yang jelas menunjukan bahawa media di negara ini bebas. tetapi ada juga pihak yang mengatakan bahawa media yang ada di negara ini dikontrol oleh kerajaan. Maka pendapat ini hanyalah berunsur peribadi yang sememangnya beliau tidak suka kepada kerajaan.
Dalam dunia pasa ada akbar atau media eletronik yang sentiasanya menyiarkan berita-berita yang telah kerajaan lakukan, tetapi itu bukan bermaksud kerajaan konkong media. Lihat muktamar PAS yang baru lalu, apabila akbar utusan dipelawa untuk memberikan liputan adakah apa yang dibincangkan dalam muktamar tersebut diputarbelitkan oleh media itu.
Jelaslah kenyataan yang seringkali dikeluarkan dari mulut ke mulut mengatakan media dikongkong oleh kerajaan adalah satu kenyataan yang sememangnya mereka tidak suka kepada kerajaan BN dan menyokong pembangkang.

Sabtu, Jun 19, 2010

DOAKAN KEJAYAAN MISI GEMPUR INI

Masyarakat antarabangsa ‘serang’ sekatan Israel

TEL AVIV - Kapal bantuan kemanusiaan daripada beberapa negara telah berlayar atau merancang untuk berlayar ke Genting Gaza bagi memecahkan sekatan Israel ke atas wilayah Palestin itu.

Penghantaran konvoi secara besar-besaran itu muncul selepas serangan ganas tentera rejim ke atas konvoi kemanusiaan ke Gaza, 31 Mei lalu.

Menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel, sebuah kapal dari Iran dalam perjalanan ke Gaza selepas berlayar pada 12 Jun lalu dan dua lagi kapal Iran dijadual berlepas dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada tentera laut Iran, yang dilapor bersedia mengiringi kapal bantuan ke Gaza, turut serta dalam konvoi itu.

Selain itu, pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan dan Free Palestine dari Lebanon akan menghantar bantuan yang disertai sekurang-kurangnya 50 wartawan dan 25 sukarelawan Eropah ke Gaza.

Kapal Mariam yang disertai aktivis wanita dari Lebanon akan menghantar kapal membawa bantuan perubatan, dan pertubuhan Yahudi Jerman merancang menghantar kapal dengan 14 aktivis, pertengahan bulan ini.

Yayasan Hak Asasi Manusia dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) yang menganjur konvoi Freedom Flotilla sebelum ini, merancang menghantar enam lagi kapal ke Gaza, Julai depan.

Pertubuhan Free Gaza dan NGO berpusat di Britain, Viva Palestina dijadual menghantar 10 hingga 15 kapal ke wilayah Palestin itu, Oktober depan.

Jumaat, Jun 18, 2010

KRISIS GULA MASIH BERLAKU DI SEGAMAT

Masih Sukar dapat bekalan gula

KUALA LUMPUR: Peniaga runcit sekitar ibu negara masih menghadapi kesukaran mendapatkan stok gula dan mengambil tindakan mencatu jualan barang kawalan berkenaan walaupun Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (PPPBRM) sudah menamatkan boikot jualan barangan kawalan itu.

Tinjauan Berita Harian di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar ibu negara mendapati, tidak banyak perubahan berlaku terhadap masalah kekurangan gula berikutan peniaga masih sukar memperoleh barang kawalan berkenaan daripada pemborong.

Peniaga barangan runcit, Ganesan Muniandy mendakwa masalah kekurangan gula masih berlaku di premisnya setakat ini dan pengguna masih merungut kerana sukar membeli bahan itu.

“Saya sudah minta stok gula dari tiga pemborong, tetapi masing-masing berkata bekalan gula tidak cukup dan saya tidak tahu bila kedai ini boleh menjual gula seperti sedia kala,” katanya.

Penyelia pasar raya KK Supermart, Mohan Dev, berkata pemborong mengenakan syarat supaya membeli barangan lain sebagai pakej mendapatkan gula.

“Jika beli beras, baru kami boleh mendapatkan gula dan bekalan datang sekali dalam sebulan saja, sedangkan permintaan dari pengguna sangat tinggi terutama pengusaha makanan,” katanya.

Pemilik kedai runcit, Abdullah Abu Bakar, berkata kali terakhir kedainya mendapat stok gula pada seminggu lalu dan pemborong hanya membekalkan 20 kilogram gula dan ia habis dijual dalam setengah hari saja.
Penolong Penyelia Pasar Raya Sri Kota, Raymond Gan, berkata pengguna masih boleh mendapatkan gula di premis berkenaan tetapi penjualannya dihadkan dua kilogram untuk seorang pembeli.

Sementara itu, pemilik Pasar Raya Metamorf, Nazilah Rahiman, mahu kerajaan memainkan peranan proaktif dalam menyelesaikan masalah kekurangan gula dengan menyediakan pusat pemborong barangan kawalan.

“Masalah ini akan menjadi lebih rumit terutama menjelang Ramadan akan datang kerana permintaan gula akan meningkat secara drastik,” katanya.

Sementara itu, di KUALA TERENGGANU, masalah sama turut berlaku apabila kebanyakan kedai runcit di sekitar bandar raya ini tiada bekalan gula kerana mendakwa tidak dihantar pembekal.

Kebanyakan peniaga mendakwa bekalan gula semakin kritikal sejak dua minggu lalu dan jika menerima bekalan, ia hanya sedikit dan habis dijual tempoh singkat.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Mohd Hilmi Mohd Noor, berkata masalah keputusan bekalan gula berlaku disebabkan orang ramai membuat belian panik, sekali gus menyebabkan pengguna lain tidak dapat membeli bahan berkenaan.

Di GEORGETOWN, peniaga kedai runcit turut mendakwa menghadapi masalah mendapat bekalan gula sehingga menjejaskan perniagaan mereka.

Ahmad Nordin, pemilik OPK Nordin Store di Pulau Tikus, berkata beliau hanya mendapat bekalan 24 kilogram sehari berbanding 48 kilogram sebelum ini.

Ulasan :-

Krisis bekalan gula masih berlaku di negeri Johor terutamanya di daerah Segamat. Susah untuk diperkatakan berkenaan masalah ini. Bila kita tanya apa tindakan yang dilakukan oleh pihak berkenaan ada pulak ayat-ayat yang mengatakan kita tidak percaya kepada kerajaan pulak.
KPDNKP pun dah tahu akan masalah ini, entah penyelesaianya bagaimana sebab bekalan gula masih lagi sukar untuk diperolihi di kedai-kedai di sekitar daerah ini.

Kemana perginya berkilogram gula yang dirampas ? Tidak boleh ker ianya di agih-agihkan kepada daerah atau negeri yang memerlukan bekalan gula ini. Sampai bila pihak berkenaan akan menyelesaikan masalah ini.

1,872 kilogram gula dirampas

PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jajahan Pasir Mas berjaya merampas 1,872 kilogram gula dalam operasi di sebuah kedai pemborong di Kampung Lati di sini, hari ini.



Khamis, Jun 17, 2010

PEMIMPIN UMNO PERLU BERUBAH

Hentikan budaya ‘politik sate’

Pulau Pinang - Ahli UMNO perlu berhenti mengamalkan budaya ‘politik sate’ yang berleluasa dalam parti itu kerana ia boleh menyemai perasaan benci di kalangan mereka sehingga menimbulkan perpecahan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebarang perselisihan pendapat seharusnya diselesaikan segera supaya tidak berlarutan sehingga ke satu peringkat yang tidak boleh diselamatkan lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menjelaskan, semua organisasi tidak kira parti politik atau syarikat korporat mempunyai masalah masing-masing yang perlu ditangani secara bijaksana.
‘‘Jangan amalkan politik sate. Sate ada daging sama ada ayam atau lembu, ada tukang cucuk daging, ada tukang bakar dan paling jahat tukang kipas kerana dia akan bakar daging untuk orang lain makan.

‘‘Ini yang sedang berlaku dalam parti. Jangan ada ahli yang menjadi seperti tukang kipas dan tukang cucuk, kini adalah masanya untuk kita bersatu,’’ katanya ketika berucap pada Program Kelestarian Rakyat anjuran UMNO Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.
Ahmad Zahid turut menasihatkan ahli-ahli supaya tidak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin secara terbuka kerana ia boleh dijadikan modal oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan parti.
‘‘Bila benci, musuh akan kutip jadikan peluru untuk bunuh kita.
‘‘Dalam politik, di kalangan sahabat ada musuh tetapi di kalangan musuh tiada sahabat.
‘‘Kalau tidak suka pemimpin, jangan lontar kata-kata kesat hingga orang lain benci kerana bila pemimpin itu kalah, kita pun kalah juga,’’ tegasnya.
Mengenai perancangan untuk merampas semula Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, beliau memberitahu, sudah tiba masanya semua jentera dalam komponen BN bekerjasama bagi mewujudkan keakraban.
‘‘Setiap parti komponen BN ada jentera masing-masing tetapi mereka ini jarang disatukan dalam mana-mana program.
‘‘Selepas ini, saya cadangkan mana-mana parti yang buat program sama ada majlis rasmi atau tidak, jemput sama parti lain kerana keakraban itu lebih penting,” ujarnya.

Rabu, Jun 16, 2010

BAGAIMANA DENGAN TAPAK RUMAH GENERASI KE-2

Tiada cadang beri tanah kepada generasi baru Felda

KUALA LUMPUR 16 Jun – Kerajaan tidak bercadang untuk memberikan 340,882 hektar tanah milik Felda yang diuruskan oleh Felda Plantations kepada generasi baru peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini disebabkan jika tanah itu diagihkan kepada kira-kira 1.6 juta generasi baru iaitu anak dan cucu peneroka, setiap orang hanya dapat 0.2 hektar seorang.

"Tanah kecil ini tidak ekonomik untuk diusahakan dan kedudukan yang berselerak tanpa kemudahan asas tidak sesuai untuk penempatan.

"Jika kerajaan memberikannya kepada generasi baru di 317 kawasan rancangan, bagaimana pula rakyat di 15,000 buah kampung di seluruh negara yang juga inginkan tanah,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ahmad berkata, kerajaan bercadang untuk membuka lagi tanah rancangan Felda dengan model baru hanya untuk rakyat miskin tegar tanpa mengira kaum, jika ada kerajaan negeri yang ingin memberikan tanah.

Beliau berkata, kerajaan juga belum bercadang untuk mengkaji Akta Penempatan Berkelompok 1960 kerana pelaksanaan akta ini telah berjaya mewujudkan 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara dengan penglibatan 225,270 orang suami dan isteri yang merupakan peneroka dan penerokawati. – Bernama

Selasa, Jun 15, 2010

SUKARNYA MENGIDAP TEKANAN DARAH RENDAH

TEKANAN DARAH RENDAH

(Hipotensi)

Definisi Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Tekanan darah adalah kekuatan yang digunakan oleh darah yang bersirkulasi pada dinding-dinding dari pembuluh-pembuluh darah, dan merupakan satu dari tanda-tanda vital yang utama dari kehidupan, yang juga termasuk detak jantung, kecepatan pernapasan, dan temperatur. Tekanan darah dihasilkan oleh jantung yang memompa darah kedalam arteri-arteri dan diatur oleh respon oleh arteri-arteri pada aliran darah.

Tekanan darah perorangan dinyatakan sebagai tekanan darah sistolik/diastolik, contohnya, 120/80. Tekanan darah sistolik (angka yang diatas) mewakili tekanan di arteri-arteri ketika otot jantung berkontraksi dan memompa darah kedalamnya. Tekanan darah diastolik (angka yang dibawah) mewakili tekanan di arteri-arteri ketika otot jantung mengendur (relax) setelah ia berkontraksi. Tekanan darah selalu adalah lebih tinggi ketika jantung sedang memompa daripada ketika ia sedag mengendur (relax).

Tekanan darah sistolik untuk kebanyakan kaum dewasa sehat jatuh antara 90 dan 120 milimeter air raksa (mm Hg). Tekanan darah diastolik normal jatuh antara 60 dan 80 mm Hg. Petunjuk-petunjuk sekarang ini menentukan tekanan darah normal lebih rendah dari 120/80. Tekanan darah diatas 130/80 dipertimbangkan tinggi. Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko mengembangkan:

Tekanan darah rendah (hypotension) adalah tekanan begitu rendah yang menyebabkan gejala-gejala atau tanda-tanda yang disebabkan oleh aliran darah yang rendah melalui arteri-arteri dan vena-vena. Ketika aliran darah terlalu rendah untuk menyerahkan oksigen dan nutrisi-nutrisi yang cukup pada organ-organ vital seperti otak, jantung, dan ginjal, organ-organ tidak berfungsi secara normal dan mungkin rusak secara permanen.

Tidak seperti tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah ditentukan terutama oleh tanda-tanda dan gejala-gejala dari aliran darah yang rendah dan tidak oleh angka tekanan darah yang spesifik. Beberapa individu-individu mungkin mempunyai tekanan darah dari 90/50 dengan tanpa gejala-gejala dari tekanan darah rendah dan oleh karenanya tidak mempunyai tekanan darah rendah. Bagaimanapun, yang lain-lain yang normalnya mempunyai tekanan darah tinggi mungkin mengembangkan gejala-gejala tekanan darah rendah jika tekanan darah mereka jatuh ke 100/60.


Isnin, Jun 14, 2010

MB JOHOR KE PARLIMEN SEKIJANG

Menteri Besar Johor YAB Datuk Abdul Ghani Othman akan membuat lawatan kerja ke Parlimen Sekijang pada 17 Jun 2010. Lawatan kerja tersebut dijadualkan akan bermula jam 9.00 pagi dan tamat jam 5.30 petang.
Selamat datang diucapkan semoga dengan kehadiran YAB menteri besar Johor ini akan memberikan impak yang besar kepada kemajuan pembangunan di Parlimen Sekijang untuk manafaat seluruh penduduk di Parlimen Sekijang.
Menteri Besar Johor juga menyarankan supaya ‘Rakyat usah pertaruh masa depan pilih pembangkang’


JOHOR BAHRU: Rakyat diminta tidak mempertaruhkan masa depan mereka dan negara dengan memilih parti pembangkang yang hanya ingin berkuasa tetapi tidak mempunyai hala tuju untuk membawa negara ini ke arah kemajuan, kata Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 64 tahun sudah terbukti berjaya memimpin negara dengan baik dan tidak akan tergamak membiarkan tanah air dalam keadaan tidak menentu.

Katanya, terbaru kerajaan BN sudah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang mempunyai strategi ekonomi untuk membawa Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Ia menekankan pembangunan inklusif dan keadilan sosial mencakupi semua masyarakat tidak kira Melayu, Cina, India, Orang Asli serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Saya percaya BN dapat memenuhi hasrat rakyat.

“Oleh itu, semua rakyat termasuk ahli Parti Progresif Penduduk (PPP) dan BN perlu kekal setia kepada BN tanpa mengizinkan parti pembangkang menjadi pemerintah negara," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PPP di Dewan serbaguna Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Skudai, di sini semalam.

Abdul Ghani berkata, tindakan memilih parti pembangkang yang hanya ingin berkuasa tetapi tidak mempunyai hala tuju untuk membawa negara ini ke arah kemajuan, umpama menjual masa depan negara.

“Dakwaan bahawa dasar yang diperjuangkan BN dan UMNO adalah sempit perlu disangkal. Dasar yang dibuat BN yang diperjuangkan UMNO dan PPP adalah dasar sederhana. Ia ramuan untuk kita hidup dalam suasana maju, baik dan damai," katanya.
Sementara itu, Presiden PPP, Datuk M Kayveas, berkata parti itu semakin kuat dengan 580,000 ahli, termasuk Bumiputera dari Sarawak yang menyumbang kira-kira 8,000 ahli selain 900 ahli dari kalangan Orang Asli.

Sabtu, Jun 12, 2010

PBB PERLU TEGAS DAN ADIL

Siasatan Israel perlu adil, bebas

NEW YORK - Dalam pada rejim Israel terus bertegas tidak mahu membenarkan panel antarabangsa menyiasat insiden serangan tentera Zionis ke atas kapal-kapal misi bantuan ke Gaza pada 31 Mei, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mahukan siasatan yang adil.

Penyiasat hak asasi manusia PBB, Philip Alston berkata, adalah mustahil untuk Israel melakukan siasatan yang adil dan telus memandangkan kredibilitinya dalam insiden itu sudah sedia diragui masyarakat antarabangsa.

"Ada beberapa prasyarat yang tidak boleh diketepikan oleh panel yang ditubuhkan bagi menyiasat insiden ini, dan PBB akan terus memantau siasatan yang mahu dilakukan oleh panel khas yang ditubuhkan Israel.

"Kita mahu pastikan panel itu benar-benar bebas dan tidak ada campur tangan kerajaan Israel. Laporan hasil siasatan juga tidak boleh diputuskan oleh kerajaan, sebaliknya mesti dimaklumkan kepada masyarakat antarabangsa," katanya.

Menurut Alston, panel itu juga mestilah diberi kuasa perundangan sepenuhnya dan akses penuh kepada semua bahan bukti, termasuk kuasa memanggil saksi-saksi utama, semua rakaman video serta apa-apa bahan bukti berkaitan insiden serangan ke atas kapal :Mavi Marmara: pada 31 Mei lalu.

"Sekiranya syarat-syarat ini dipatuhi, suruhanjaya siasatan itu mampu memberi sumbangan besar ke arah menyelesaikan isu yang timbul, khususnya soal hak kemanusiaan," katanya.

Minggu lalu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengadakan diskusi melalui telefon dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berhubung siasatan mengenai serangan tentera Israel terhadap aktivis pro-Palestin yang menyertai misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata, rejim Zionis tentu tidak dapat berlaku adil dalam melakukan siasatan kes itu kerana secara terang-terangan menyokong serangan pada 31 Mei yang mengorbankan 9 nyawa.

Selasa, Jun 08, 2010

MALAYSIA PERLU MENDAHULUI PERANGI ISREL




Kekejaman rejim Zionis tidak dapat diselindungi daripada pengetahuan masyarakat dunia ini terutamanya rakyat Negara ini. Serangan terhadap konvoi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza telah menceritakan segala niat jahat Israel terhadap umat Palastein. Niat untuk membunuh dan mengagalkan misi kemanusiaan tersebut.

Diharapkan kerajaan Malaysia dapat mendahului Negara-negara OIC mendesak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu memastikan Rejim Israel diberikan hukuman setimpal dengan apa yang dilakukan. Bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan di seluruh dunia tidak akan memberikan kesan atau menakutkan Israel.

Sesungguhpun kerajaan Malaysia bercadang untuk memfailkan petisyen terhadap Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (JCJ) di The Hague kerana menyerang kapal membawa bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara dan membunuh sembilan sukarelawan, minggu lalu. Tetapi belum cukup untuk memastikan tindakan segera dapat dilakukan of PBB.

Sedang OIC perlu diadakan segera! Sekatan terhadap Palestin perlu dibuka semula! Bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh misi kemanusiaan perlu segera diserahkan kepada rakyat GAZA.

Kesimpulannya, Umat Islam janganlah berpecah-belah dan terlalu mementingkan diri, sudah sampai masanya kita bersatu dan berusaha untuk mempertahankan saudara seagama kita di Gaza Bersatulah demi menjaga maruah dan agama.

Ahad, Jun 06, 2010

BERSATU KITA BOIKOT PRODUK ISRAEL

Sejak peristiwa serangan komando Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei 2010 ada hikhmahnya dan wajar kita renungi bersama siapa sebenarnya Israel. Mengapa dengan mudah Israel boleh memperkotakatikan umat Islam. Siapa yang menyokong kekuatan yang mereka ada?

Bantahan, kemarahan, tunjuk perasaan juga perhimpunan aman belum cukup untuk memberikan kesedaran yang mendalam kepada Israel lahnatullah ini. Kuasa besar duni pun setakat ini hanya bercakap sahaja tidah ada tindakan yang dilakukan kepada Israel ini. Bila ? Sedangkan sebuah lagi kapal  misi kemanusiaan ke Gaza terut diganggu gugat dengan sengajanya oleh Israel.

Sudah sampai masanya kita bersama-sama memboikot produk Israel. Dapat dilihat dalam kemarahan sesetengah pihak akan kekejaman Israel dengan megadakan perhimpunan aman, masih ada lagi umat Islam yang sedang seronok menikmati produk-produk Israel. Sama ada kita tahu atau tidak sedar tetapi inilah hakikatnya sedikit sebanyak sokongan dan sumbangan kita berikan kepada kekejaman Israel ini.

Mungkin ini boleh dilakukan oleh persatuan-persatuan pengguna juga NGO yang peka dengan keadaan ini untuk memulakan langkah pertama untuk boikot produk Israel. Walaupun larangan tidak dikeluarkan oleh kerajaan diharapkan persatuan-persatuan pengguna  terus kehadapan dalam soal ini. Tidak salah kalau kita boikot barangan Israel dan sama-sama membeli barangan buatan Malaysia. Ini sebagai protes atau bantahan kita kepada Israel. Jika kita bersatu kita akan dapat kekuatan untuk menentang kekejaman Israel.


Sabtu, Jun 05, 2010

HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG

DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah
Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France) ,The Most Auspicious Order of The Rajamitrobhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile)


Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda
pada
5 Jun 2010 Bersamaan 22 Jamadilakhir 1431H.

Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa diberkati Allah Subhanahu Wata'ala dengan dilanjutkan usia dan beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan.

Sekian Sembah Takzim Daripada:
SSSekijang.blogspot.com

Jumaat, Jun 04, 2010

YAHUDI BERADA DIMANA MANA

Hapuskan sifat Yahudi dalam diri

Rasanya inilah antara yang diucap oleh 12 rakyat Malaysia ketika mereka dibebaskan keluar dari Penjara Ella, Beersheba di selatan Israel.

Akhirnya Alhamdulillah mereka sudah selamat. Kini mereka mendapat semula hak kebebasan yang telah dinafikan selama hampir 28 jam. Walaupun tanpa pen dan kertas, tanpa kamera, pasport dan kontena-kontena bantuan yang ingin dihantar ke Gaza, sekurang-kurangnya mereka masih bernyawa. Itu yang penting.

Oleh sebab perjuangan mereka belum tamat, ada yang enggan pulang ke tanah air. Khabarnya 12 aktivis pro-Palestin tetap mahu meneruskan misi hingga sampai ke Palestin dan dapat membantu rakyat di sana yang sudah hampir enam dekad ditindas. Teruskan. Allah SWT bersama anda semua.


Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak marah dicap anti-Yahudi berkata, apa yang terjadi adalah pencabulan. Israel mencabul orang yang tidak bersenjata dan bersalah pula kerana melakukan serangan di perairan antarabangsa. Paling dahsyat mereka menggunakan 19 bot, lapan kapal laut, tiga helikopter dan serangan peluru hidup!

Memang wajarlah kita marah. Memang patut pun bantahan dan demonstrasi kita adakan. Malah, di Indonesia juga sentimen ini turut dirasai. Dua rakyatnya turut jadi tebusan. Inilah masanya kita lupakan ideologi politik. Apa yang kita fikirkan hanya satu iaitu Islam sejagat. Islam yang hakiki.

Tragedi di atas Kapal Mavi Marmara akan tetap terpahat dalam kenangan seluruh rakyat Malaysia. Pengorbanan dan perjuangan 12 orang rakyat kita yang mempertaruhkan nyawa mereka dalam insiden itu memang patut disanjung tinggi.

Jauh daripada itu, kita patut kembali memandang dalam diri. Dalam kita mengutuk Israel kerana menyerang konvoi keamanan, ayuh kembalikan semangat jihad dalam diri sebagai muslim sejati. Mulai sekarang kita juga kena berjihad terhadap diri sendiri!

Memanglah Israel itu Yahudi Laknatullah! Namun, kita juga jangan lupa sifat `Yahudi’ yang ada dalam diri kita (jika ada) - suka berdendam, dengki, memfitnah, malas, lalai, culas, abai tanggungjawab, menipu, ambil hak orang, tamak, mencaci sesama sendiri dan buang masa dengan perkara tak berfaedah.

Pantang melihat kejayaan orang lain, ada yang dengki. Jika cemburu yang positif kita sokong. Namun, apabila dengki lebih menyalahkan orang lain, kita lebih suka menokok tambah cerita. Kail sejengkal, jadi sedepa.

Dalam diam tidak dinafikan sifat Yahudi ini meresap perlahan dalam diri sekiranya kita gagal mengawalnya. Apalagi dalam kehidupan yang semakin maju dan persaingan pula menjadi tujuan utama dalam hidup.

Hakikatnya semakin ramai yang lebih mementingkan diri sendiri dan menjadi seperti bidalan; ayam panggang atau sate... lagi dicucuk, lagi dikipas... dicucuk dan dikipas lagi...

Sekurang-kurangnya kini kita tahu bahawa negara-negara Timur Tengah yang dikawal Amerika dan Britain dan hidup dengan sokongan terhadap Israel adalah mereka yang juga dicucuk dan dikipas

Sinar harian
 

Khamis, Jun 03, 2010

PEMIMPIN ISLAM PERLU BERSATU DAN SEPAKAT

Pemimpin dunia perlu bertindak bukan hanya bercakap

IPOH – Tindakan biadab rejim Israel menyerang dan menggunakan kekerasan ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza sepatutnya dihentikan segera bagi mengelakkan lebih ramai nyawa yang tidak berdosa terkorban.


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, keadaan itu membuktikan dunia pada hari ini hidup dalam keadaan hipokrit dan mengamalkan ‘double standard’ yang begitu kritikal.

Menurutnya, semua pihak sibuk mencanang mengenai demokrasi dan hak asasi manusia namun kekejaman terhadap mereka yang tidak berdosa masih berterusan.

“Kapal bantuan yang dihantar semata-mata untuk misi kemanusiaan turut diserang dan dilarang Israel tanpa perasaan belas kasihan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2010, di Crystal Ballroom, Hotel Impiana di sini, semalam.

Harussani berkata, kerajaan di seluruh dunia hanya mampu mengutuk perbuatan rejim Israel itu tanpa membuat apa-apa tindakan kerana mereka dilindungi kuasa besar.

“Justeru, kerajaan di seluruh dunia boleh bersatu untuk menghentikan keganasan yang dilakukan rejim Israel dengan bersatu antaranya mengadakan sekatan ekonomi terhadap negara Zionis itu.

“Sehubungan itu, pemimpin di negara dunia harus bersatu untuk menyedarkan Israel dengan mengajar mereka untuk lebih berperikemanusiaan,” katanya.- Sinar harian.

Ulasan:

Tragedi serangan rejim Israel keparat yang menyerang dan menggunakan kekerasan ke atas misi kemanusiaan beberapa hari lalu perlu difikirkan kepada pemimpin Islam di dunia ini. Bersatu adalah lebih baik jika tidak mahu diperkota katikan oleh Israel lanatullah.

Sudah tiba masanya Israel di berikan hukuman yang setimpal kerana bukitinya sudah jelas, Allah memberikan petunjuk kepada pemimpin Islam dengan peristiwa yang berlaku. tetapi jika petunjukan yang Allah berikan ini diangap satu tragedi sahaja atau kesilapan semata-mata seperti kata Amerika, maka Israel akan terus bermaharajalela di atas dunia ini.

Rakyat akan terus memberikan sokongan dan sentiasa berdoa, tetapi perlulah diiringi dengan tindakan yang drastik oleh pemimpin dunia Islam, tunjukan bukti tindakan yang perlu diambil jangan sekadar berkata dan rundingan sahaja.



Rabu, Jun 02, 2010

KEPADA ALLAH KITA BERMOHON DAN BERSERAH

BACAAN QUNUT NAZILAH


Marilah kita mengambil pendekatan seperti yang telah disarankan oleh Ketua Pengarah Jakim. Melalui permohonan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah Allah akan memberikan perlindungan kepada semua mangsa kekejaman rejim Israel terutamanya 12 orang rakyat Malaysia yang berada dalam tahanan Israel yang kejam itu.

berikut adalah kenyatan belau yang tersiar dalam Berita Harian.

Solat hajat, qunut Nazilah

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara menganjurkan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah bermula malam tadi bagi mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berharap solat hajat itu dapat diadakan serentak selepas solat Maghrib malam tadi dan diteruskan selepas solat Jumaat ini.

“Pendekatan (solat hajat) itu perlu dilaksanakan segera bagi memohon perlindungan Allah kepada sukarelawan terbabit sama ada yang beragama Islam dan bukan Islam daripada kekejaman rejim Israel,” katanya di sini semalam

Selasa, Jun 01, 2010

ARAHAN DAN PENGUATKUASA SERINGINAN

Lesen runcit barang kawalan diwajib serta merta

Jun 1, 10 11:28am

Semua peniaga yang menjual barangan kawalan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak akan diwajibkan memiliki lesen runcit barang-barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengecualian yang diberikan sejak 1991 akan ditarik balik bagi memastikan barangan kawalan tidak diselewengkan mana-mana pihak memandangkan ia disubsidi kerajaan.

Katanya semua kesalahan berkaitan menyorok gula juga tidak lagi dikenakan kompaun tetapi akan didakwa di mahkamah mengikut akta sama.

"Bagi peniaga menyorok gula, sesiapa yang ditangkap, lesen akan dibatalkan serta-merta dan tidak ada tawaran kompaun lagi. Mereka akan diserahkan ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Konvensyen dan Ekspo Jualan Langsung di kementerian di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata bagi mana-mana orang perseorangan yang didapati bersalah, boleh didenda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara manakala syarikat boleh didenda RM250,000.

Ulasan :

Tahniah diucapkan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan atas tindakan segera bagi mengatasi masalah kekurangan gula di pasaran. Diharapkan tindakan Menteri seringan juga dengan tidakan pegawai penguatkuasaan daripada kementerian berkenaan. Agar ianya selari dengan hasrat kerajaan untuk membendung kegiatan penyeludupan dan menyorok bekalan gula.

Langkah ini akan memberikan kesan yang baik sekiranya dapat dilakukan dengan tulus dan ikhlas.

BERAPA LAMAKAN ISU INI DAPAT DISELESAIKAN.

Peniaga Thai jual gula subsidi

BALING: Ketika peniaga dan pengguna di beberapa negeri di negara ini mengeluh kerana sukar mendapat bekalan gula, keadaan sebaliknya berlaku di selatan Thailand apabila gula pasir bersubsidi untuk kegunaan rakyat tempatan dijual secara bebas di negara itu.

Tinjauan di daerah Pattani, Thailand, semalam mendapati, gula pasir keluaran Malaysia, iaitu Gula Prai yang dikhaskan untuk kegunaan tempatan dijual di merata tempat secara terbuka di kedai runcit dan pasar malam di situ.

Keadaan itu menggambarkan seolah-olah gula pasir bersubsidi keluaran Malaysia terlalu mudah diseludup keluar ke Thailand. Seorang pekedai runcit, Wejah Wesamael, 73, berkata dia tidak menghadapi masalah mendapatkan bekalan gula dari Malaysia kerana bekalan banyak.

Katanya, walaupun beliau difahamkan gula itu dihadkan untuk pasaran Malaysia, mereka tidak menghadapi masalah mendapatkannya walaupun dengan harga RM2.50 sekilogram.

“Bekalan tidak pernah putus kerana setiap minggu ada pemborong datang menghantar bekalan dan saya menjualnya dengan harga RM2.50 sekilogram,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Cabang Tiga, Pattani, Thailand.

Wejah berkata, dia tidak tahu dari mana pemborong terbabit mendapatkan bekalan kerana tidak mahu ambil tahu, sebaliknya apa yang penting ia mendapatkan stok untuk dijual kepada penduduk di kampungnya.

Sementara itu, tinjauan di pekan Baling mendapati, ramai pengguna, terutama peniaga makanan dan minuman merungut sukar mendapat bekalan gula.

Seorang pengusaha kedai makan, Soria Mat Zanu, 40, berkata dia sukar mendapatkan bekalan sejak beberapa minggu lalu apabila hanya dapat membeli bahan pemanis itu dalam kuantiti yang sedikit saja.

"Saya pernah tidak dapat berniaga dan menutup kedai beberapa hari kerana bekalan gula terputus di pekan ini.

"Pihak berkuasa sepatutnya memastikan bekalan gula untuk keperluan rakyat tempatan mencukupi," katanya.

Bernama.
Ulasan :
 
Sedih, kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku. Seolah-olah tidak ada tindakan yang dapat dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan bagi membendung masalah ini. Sebelum ini tersiar berita mengatakan bahawa penguna di Rantau Panjang ke Golok untuk mendapatkan bekalan gula walaupun dengan harga yang mahal. Mengapa bekalan gula mudah diperolihi disana. Disebabkan penyuludupan berlaku ! Saya tidak mahu tuding jari kepada mana-mana pihak cuba fikirkanlah!
 
Kemanakan perginya pegawai keselamatan sempadan?. Jika ada, mengapa gula dari Malaysia boleh diseludup keluar ke negara jiran. Alasan kerana ada lorong-lorong tikus yang sukar untuk dikawal ?. Jangan soal jawap banyak-banyak sebaliknya cari jalan penyelesaian yang terbaik demi kemamkuran negara.
 
Kami penguna di selatan Malaysia amat sukar untuk mendapatkan bekalan gula. Untuk mendapatkan 1 kg gula pun terpaksa berbelanja RM 30.00 membeli barangan lain baru dapat gula 1 kg, itu pun terhad kepada 50 pelangan sahaja. Kes sebegini yang membuatkan kami sungguh kecewa sekali.
 
Mengapakah rakyat perlu menanggung kesukaran ini disebabkan segelintir manusia yang rakus mendapatkan keuntungan segera disamping leka dan lalai pihak penguatkuasa menangani masalah ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails