Rabu, Mei 20, 2009

Rumah Mesra Rakyat


Peruntukan SPNB RM200 juta

Oleh YULPISMAN ASLIutusanpahang@utusan.com.my
MOHD. AMIN MOHD. SALLEH

KUANTAN 16 Mac - Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta di bawah Bajet Mini 2009 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini untuk membina lebih banyak Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Pengarah Urusan SPNB, Datuk Mohd. Amin Mohd. Salleh berkata, peruntukan tambahan itu bagi membantu pemilikan rumah di kalangan rakyat berpendapatan rendah di seluruh negara. Beliau berkata, setakat ini sambutan yang diberikan oleh orang ramai ke atas program RMR sangat menggalakkan.

"Setakat ini, di negeri Pahang sahaja, SPNB telah menerima 2,738 permohonan dan telah meluluskan sebanyak 1,047 permohonan dengan peruntukan sebanyak RM60.65 juta. "SPNB juga sedang membina dan memproses perjanjian sebanyak 528 unit rumah dan telah menyerahkan 519 unit rumah di negeri Pahang," katanya ketika berucap di majlis penerangan dan menandatangani surat akujanji bagi pemulihan projek perumahan terbengkalai Taman Sungai Karang Darat 1, dekat sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengurus Besar Kanan (Pelaksanaan Projek) SPNB, Datuk Shamshul Baharain Sulaiman. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak. Menurut Mohd. Amin, projek Taman Sungai Karang Darat 1 membabitkan 128 unit rumah, merupakan projek perumahan terbengkalai ketiga di Pahang yang dibaikpulih oleh SPNB selepas Taman Rakyat Gambang dan Taman Datuk Abdul Rashid Salleh. Beliau berkata, setakat ini sebanyak tujuh projek melibatkan 2,565 unit rumah telah berjaya dipulihkan di negeri ini.


Bagi projek terbengkalai di seluruh negara pula, katanya, SPNB setakat ini syarikat itu telah berjaya membaikpulih 73 buah projek melibatkan 23,089 unit rumah. "SPNB juga telah diarah untuk membuat kajian kemungkinan pemulihan terhadap 256 buah projek yang telah diserahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melibatkan 74,720 unit rumah," katanya. Sementara itu, Shamshul Baharain berkata, SPNB menyasarkan untuk membina 2,000 unit rumah di bawah program RMR pada tahun ini dengan kos pembinaan setiap unit berjumlah RM65,000.

Reaksi sebaliknya......


Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan tahiah atas usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan amnya kepada Syarikat Perumahan Negara dalam menangani masalah rumah kediaman kepada seluruh rakyat malaysia yang kurang berkemampuan.

Namun.. ada beberapa persolan yang timbul kini, bagaimana rumah yang dahulunya kos sejumlah RM 46,000.00 dengan keluasan 1000kp3 miski pun dengan pintu kayu dan model lama. Mereka yang menerimanya suka sekali kerana dapat rumah yang besar dan luas, dengan hanya membayar sejumlah RM100.00 sebulan.

Tetapi............

Kini Rumah Mesra Rakyat telah berubah wajah dengan kos baru RM65,000.00 dan berkeluasan 800kp3. Penambahan dari segi, pintu jenis 'sliding', bilik air ditambah menjadi dua - satu di bilik utama (yg bertile), namun tempat lain cuma lepaan simen biasa. Jika dibandingkan dengan sedikit naik taraf tersebut dan keluasan seluas 800kp, adakah harga tersebut berpatutan?? Rata-rata ramai yang mendapat rumah model yang terkini tidak berpuas hati kerana keluasan rumah jadi kecil sedangkan harganya mahal... berbanding dengan sebelumnya.

Itulah rungutan yang diperolehi daripada orang ramai. Semoga Syarikat Perumahan Negara dapat meneliti perkara ini.


Sampai jumpa lagi.....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails