Jumaat, September 23, 2011

PILIHANRAYA KE -13



CARI CALUN WINABLE..

Winable candidate bererti,
Calon yang disukai, disokong oleh rakyat, dikenali semua rakyat khasnya di kawasan calon tu bertanding atau pernah bertanding ...

Winable candidate bererti,

1. Calon tersebut diyakini oleh pengundi-pengundi setempat.
2. Boleh memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
3. Boleh bantu menyelesaikan masaalah2 rakyat hadapi.
4. Serta calon itu wajib perihatin & peka kepada keadaan semasa kawasan itu setiap masa ...
5. Bukan calon yang ditolak rakyat.
6. Pernah kalah.
7. Bukan calon yang sibuk dengan urusan niaga keluarga.
8. Bukan calon yang hanya mengharapkan kepada pembantu2 ( kroni2 ) dalam soal urusan kebajikan/ pembangunan rakyat. Kerana calon tersebut bermastautin di Kuala Lumpur dan hanya balik kawasan apabila ada majlis2 rasmi, PM/KM/MB/ Menteri Pusat or Negeri lawat kawasan nya dan rakyat hanya nampak muka wakil rakyat tu time hampir piliharaya sahaja.
Rumah/ pejabat hanya ada jaga sahaja 24 jam !
RAKYAT JUGA DAH MUAK DENGAN CALON2 YANG HANYA PENTINGKAN KRONI DALAM SESUATU PEMBAHAGIAN TENDER, KONTRAK, PELUANG NIAGA, PELUANG MEMILIKI RUMAH KOS RENDAH, PELUANG MEMILIK TANAH KEDIAMAN/ TANAH PERTANIAN, PELUANG IKUTI KURSUS2 PEMBANGUNAN MODAL INSAN ...
Yang penting sekali Winable candidate adalah seorang yang jujur, amanah, ikhlas berkhidmat, ikhlas berjuang demi memertabatkan agama bangsa & negara !
http://ezyincome.blinkweb.com

Isnin, Ogos 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA ADIDILFITRI

http://ezyincome.blinkweb.com



Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin
Ucapan selamat hari raya dari 
Sssekijang.blogspot.com

Jumaat, Ogos 12, 2011

PERISTIWA AWAL RAMADHAN 2011

http://ezyincome.blinkweb.com/

Ramadhan kali ini dicemari dengan kes umat Islam ke gereja yang terletak di Petaling Jaya. Senario yang terjadi ini sebenarnya bukanlah perkara yang memeranjatkan kerana isu seperti ini pernah didedahkan sekitar tahun 2008. Namun, kita tidak pernah belajar daripada apa yang berlaku dan membiarkan perkara yang sama berulang.

Jika dilihat kepada fakta kes, kita tidak boleh terlalu menyalahkan umat Islam yang hadir ke gereja itu tetapi perlu meneliti kepada beberapa aspek seperti mengkaji punca gejala ini timbul. Keberkesanan organisai kemasyarakatan dalam memainkan peranan sebagai penghubung jabatan kerajaan.

Agensi kerajaan yang berkaitan yang diamanahkan dalam membantu maslahah masyarakat, perlu memainkan peranan yang lebih agresif dalam membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi seperti ibu tunggal dan saudara baru.

Mereka ini kadang-kala tiada tempat bergantung dan amat mudah dipujuk serta dipengaruhi apabila ada pihak lain yang menghulurkan bantuan walaupun mempunyai agenda yang tersendiri.

Bagi saudara baru pula, barangkali pemahaman terhadap agama Islam masih nipis dan mudah goyah apabila dihasut dengan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ditambah pula dengan layanan yang istimewa serta diberi kemudahan tempat tinggal dan juga wang sara hidup. Pada sisi lain pula, ketua kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan surau serta jiran tetangga sendiri perlu prihatin akan kondisi serta kualiti hidup jiran mereka.

Laporkan kepada pihak berkaitan jika mendapati mereka amat daif agar diberi bantuan sewajarnya. Akhir sekali, jika umat Islam yang sudah mendapat bantuan masih cenderung untuk ke gereja atas sebab tamak dan ingin hidup senang, maka waktu inilah kita perlu memerangi golongan ini kerana Islam adalah agama yang bertimbang rasa dan bertolak ansur.

Berusaha untuk menangani daripada terus menuding jari...

Isnin, Ogos 08, 2011

Malaysia Tanah Air Ku

http://ezyincome.blinkweb.com

Sudah seminggu kita bertarawih pada bulan Ramadan ini. Hari ini masuk hari kelapan kita berpuasa. Begitu pantas masa berlalu. Syukur kerana kita dapat melakukan ibadah pada bulan yang mulia ini dengan penuh kedamaian.

Umat Islam di Malaysia bernasib baik kerana dapat menjalani ibadah puasa dalam suasana harmoni walaupun masyarakat kita terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama.


Namun, dalam kesibukan beribadah ini, luangkan sedikit masa untuk mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, pejabat atau di sekitar kampung dan taman perumahan. Mungkin dalam keghairahan kita menghiasi rumah menjelang Hari Raya Aidilfitri ini, masukkan unsur-unsur hari kemerdekaan di sekeliling rumah kita. Semarakkan Jalur Gemilang pada hari raya ini.

Kepada generasi hari ini, insaflah, anda sudah menikmati kemerdekaan dan menjadi tanggungjawab anda untuk mempertahankan kemerdekaan ini.

Jumaat, Julai 29, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN BULAN KEMERDEKAAN

http://ezyincome.blinkweb.com

Di kesempatan ini Sssekijang ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat, semoga ibadat yang di lakukan di bulan ramadhan ini sentiasa mendapat perhatian dan keampunan dari Allah swt.

 " Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka ".


he poro menungso.
jaman wis ra toto
ati wis angel ditoto
maksiat nang kene kono
wis podho kakehan duso
alhamdulillah wulan poso wis teko
ayo podho elingo marang gusti kang kuoso
marhaban ya syahru romadhon
 
Sssekijang Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan pada tahun 2011

Dah masuk bulan kemerdekaan dah. Bagaimana sambutan anda sebagai warganegara Malaysia? Sudah pacak bendera di kenderaan atau rumah??

Apa-apa pun.. Selamat menyambut bulan KEMERDEKAAN..!!
Semoga negara kita makmur sejahtera hendaknya..
 
 

Isnin, Julai 18, 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN..

http://ezyincome.blinkweb.com


Erti Doa Nisfu Syaaban:

Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikuniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan

Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu
Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku

Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ….sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan
Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir
Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara
Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya
Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails